PARIS: Perancis sedang mempertingkatkan kesiapsiagaan tenteranya dengan sasaran untuk melipatgandakan simpanan dron kamikaze dan memperluas simpanan peluru berpandu secara drastik menjelang akhir dekad ini. Menurut portal berita Politico, langkah itu terkandung dalam draf undang-undang perancangan ketenteraan yang menyifatkan usaha tersebut sebagai persediaan ke arah perang ekonomi. Menerusi dokumen setebal 64 muka surat yang akan dibentangkan oleh kerajaan minggu ini, wakil-wakil rakyat Perancis merancang untuk memberi tumpuan untuk meningkatkan bilangan senjata…










