Pengarah KPDN Kelantan meninggal dunia

Pengarah KPDN Kelantan meninggal dunia

AZMAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi penyakit kanser.

Menurut kenyataan laman facebook rasmi KPDN Kelantan, Allahyarham yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.40 pagi.

Terdahulu, Allahyarham telah ditidurkan sejak seminggu lalu akibat komplikasi penyakit kanser usus dan telah berada dalam pemantauan serta rawatan beberapa bulan yang lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Al-Baqi Mukim Mujur, Jelawat, Bachok pada pukul 9.00 pagi.

Selepas itu, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuin Pasir, di Jelawat, Bachok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN