Pejalan kaki warga asing maut digilis lori

Pejalan kaki warga asing maut digilis lori

NORHIZAM BAHAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Seorang pejalan kaki warga asing berusia lingkungan 60-an maut selepas dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Baru, Dengkil, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.46 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh penolong pegawai perubatan selepas dipercayai mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Isuzu dari arah Air Hitam menghala ke Dengkil.
setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba sebelum dirempuh.

“Akibatnya, pemandu lori tidak sempat membrek atau mengelak sebelum melanggar mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terperosok dan tersepit di bahagian bawah lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat pembersihan swasta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Norhizam berkata, pemandu lori berusia lingkungan 40-an yang juga lelaki tempatan dan bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat swasta tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu terbabit memiliki lesen memandu yang masih sah,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-5588221 atau 03-87774264, atau hadir ke balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN