Niat sejukkan badan berakhir tragedi, dua remaja dikhuatiri lemas di Sungai Pahang - Utusan Malaysia

Niat sejukkan badan berakhir tragedi, dua remaja dikhuatiri lemas di Sungai Pahang

LOKASI dua remaja dikhuatiri lemas di Sungai Pahang berhampiran Kampung Durian Hijau, Pulau Tawar, di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Niat lima sekawan untuk menyejukkan badan selepas solat Jumaat bertukar tragedi apabila dua remaja dikhuatiri lemas di Sungai Pahang berhampiran Kampung Durian Hijau, Pulau Tawar, di sini hari ini.

Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu melibatkan lima remaja yang mandi di kawasan berkenaan, namun dua daripada mereka gagal dikesan dan dikhuatiri lemas.

Menurutnya, mangsa masing-masing dianggarkan berusia 14 dan 15 tahun serta merupakan anak dan cucu peneroka Felda Jengka 24.

“Difahamkan mereka mandi berlima dan dua daripadanya tidak timbul semula. Setakat ini operasi mencari sedang dijalankan dengan bantuan pihak bomba,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Razak, keadaan Sungai Pahang yang cetek berikutan musim panas sebenarnya mengundang bahaya tersembunyi, khususnya kewujudan pasir jerlus di dasar sungai.

“Walaupun air nampak tohor, tetapi ada kawasan pasir jerlus yang boleh menarik mangsa ke dalam. Ini yang membimbangkan,” ujarnya.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat kini giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jerantut dengan kerjasama penduduk kampung yang turut membantu di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN