PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menarik balik permohonan bagi memulakan prosiding menghina mahkamah (komital) terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berhubung isu Titah Adendum. Menurut carian dokumen, surat makluman dan notis pemberhentian oleh firma guaman, Tetuan Shafee & Co yang mewakili Najib bertarikh 3 April itu dihantar ke Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan secara pemfailan atas talian (e-filing). Notis tersebut sekadar memaklumkan bahawa…









