Nahas helikopter: Rakyat Malaysia maut dikenal pasti Ketua Pegawai Operasi KPN Plantations

Nahas helikopter: Rakyat Malaysia maut dikenal pasti Ketua Pegawai Operasi KPN Plantations

LAPAN orang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di Kalimantan. - BASARNAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang warganegara Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia semalam sudah dikenal pasti iaitu Ketua Pegawai Operasi KPN Plantations, Patrick Kee Chuan Peng berdasarkan maklumat diterima daripada pihak majikan.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, beliau berada di Kalimantan Barat atas urusan kerja ketika kejadian berlaku.

Menurut Wisma Putra, Konsulat Malaysia di Pontianak menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya, termasuk menyelaras dengan pihak berkuasa Indonesia, majikan serta keluarga.

“Ini bagi memudah cara urusan membawa pulang jenazah mendiang ke Malaysia,” katanya hari ini.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, helikopter berkenaan yang didaftarkan sebagai PK-CFX dan dikendalikan oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan telah terputus hubungan sejurus berlepas dari Kabupaten Melawi dalam penerbangan ke Kabupaten Kubu Raya.

Wisma Putra berkata, bangkai helikopter tersebut kemudiannya ditemukan di kawasan hutan terpencil di Desa Tapang Tingang, Kecamatan Nanga Taman, Kabupaten Sekadau.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia yang berkaitan,” katanya.

Dalam nahas itu, dua kru dan enam penumpang terbunuh melibatkan helikopter persendirian itu terhempas di kawasan hutan tebal di pulau Borneo, Indonesia, menurut kementerian pengangkutan pada Jumaat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN