PETALING JAYA: Malaysia bersedia untuk menyokong dan melengkapkan segala usaha dalam merealisasikan rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi mengembalikan keamanan serta kestabilan bukan sahaja di Asia Barat bahkan di seluruh dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dengan sepenuh hati mengalu-alukan perkembangan terkini dalam konflik antara AS dengan Iran susulan kesediaan kedua-dua pihak untuk melaksanakan gencatan senjata. Katanya, perkembangan positif itu susulan pelan 10 perkara…










