KUANTAN: Penubuhan Madani Mart oleh Yayasan Madani tidak sama dengan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana konsep dan pelaksanaannya adalah berbeza. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, penubuhannya tidak melibatkan dana daripada kerajaan sepertimana KR1M. “Jika dulu KR1M, kerajaan mengeluarkan dana tetapi bagi Madani Mart langsung tidak melibatkan dana daripada kerajaan. “Madani Mart dibangunkan untuk memastikan barangan keperluan harian kekal mampu milik dan mudah…










