PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan sementara susulan kejadian melibatkan seorang penumpang di Stesen Abdullah Hukum, petang tadi. Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.09 petang apabila seorang penumpang dilaporkan terjatuh di kawasan landasan stesen berkenaan. Menurut kenyataan itu, sebagai langkah keselamatan, bekalan kuasa di stesen tersebut telah dinyahaktifkan bagi membolehkan pasukan penyelamat termasuk polis, bomba…








