Lelaki Nepal didenda RM5,000 miliki gambar, video lucah bekas teman wanita - Utusan Malaysia

Lelaki Nepal didenda RM5,000 miliki gambar, video lucah bekas teman wanita

SEORANG lelaki Nepal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Pontian hari ini kerana memiliki dan menyimpan gambar serta video lucah dalam telefon bimbitnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pekerja asing warga Nepal didenda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal bayar oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana memilki bahan lucah dan video bogel di dalam telefon bimbitnya, Ahad lalu.

Majistret, Nurhafiza Haron menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Santosh Mukhiya, 24, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki gambar dan video lucah seorang wanita tempatan dalam telefon bimbitnya di Parit Haji Ariff, Kayu Ara Pasong, dekat sini pada pukul 11 pagi, 26 April lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki video lucah yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, Santosh yang tidak diwakili peguam merayu diberikan hukuman ringan kerana mempunyai tanggungan ibu bapa serta adik-adik lain di negara asal.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Inspektor Syabira Anis Mohd. Rodzi.

Santosh kemudian membayar denda tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN