MARANG: Keputusan kerajaan mengekalkan kuota kemasukan 90 peratus bumiputera ke program matrikulasi bertujuan mengelakkan kesenjangan antara golongan kaya dan miskin dalam bidang pendidikan terus melebar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam menjamin mobiliti sosial, kerajaan tidak mengetepikan keperluan mengiktiraf yang terbaik atau terpintar. Sebab itu kata beliau, dalam menilai prestasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, Jemaah Menteri memutuskan menawarkan tempat kepada semua calon yang memperoleh keputusan cemerlang 10A…










