KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia menyalurkan bantuan kepada pelajar Malaysia yang terjejas akibat konflik di Asia Barat secara kes demi kes. Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kementeriannya sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar yang bertanggungjawab memantau keberadaan rakyat Malaysia termasuk pelajar di luar negara. Katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh Kabinet serta jawatankuasa berkaitan yang melibatkan pelajar Malaysia akan diteliti dan diambil tindakan sewajarnya oleh…









