PETALING JAYA: Seramai 300 personel MySTEP Pembantu Warden Asrama (MyPWA) telah dilantik untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama seluruh negara. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif MyPWA diperkenalkan bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah berasrama serta pada masa sama membantu mengurangkan beban tugas guru di sekolah. “MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama dapat terus diperkukuhkan. “Pelaksanaan inisiatif MyPWA akan terus…










