PUTRAJAYA: Kerajaan menjelaskan kenaikan harga minyak ketika ini tidak hanya disandarkan pada kekurangan bekalan semata-mata sebaliknya beberapa kos lain turut diambil kira. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kos lain diambil kira termasuk kos insurans yang kini telah melepasi 100 peratus serta kos penghantaran barang. Beliau berkata, buat masa ini, kapal milik negara tidak berdepan masalah untuk melepasi Selat Hormouz susulan hubungan baik dengan kerajaan Iran namun, ada…










