PETALING JAYA: Malaysia kini berdepan gangguan bekalan plastik susulan konflik Asia Barat yang menjejaskan rantaian petrokimia dan menyukarkan pengilang mendapatkan bahan pembungkusan. Konflik sejak Februari lalu itu telah mengganggu bekalan petrokimia dan menyebabkan kekurangan resin polyethylene terephthalate (PET) iaitu bahan penting untuk membuat botol plastik dan bekas makanan. Keadaan itu mula dirasai pengguna apabila beberapa produk minuman semakin sukar didapati di pasaran selepas pengeluar mengakui berdepan kesukaran mendapatkan bekalan plastik.…










