PETALING JAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan bersama seorang pengerusi syarikat disambung reman lima hari kerana disyaki bersubahat dalam urus niaga penjualan saham kepada badan berkanun. Kedua-dua individu itu disyaki bersubahat bersama beberapa ahli lembaga pengarah dan pemegang saham sebuah syarikat dalam urus niaga penjualan saham berkenaan. Majistret Ainul Izzati Mohd. Jamili telah mengeluarkan perintah reman sehingga 16 April terhadap kedua-dua suspek tersebut selepas permohonan dibuat…










