PETALING JAYA: Kerajaan terus menambah baik pendekatan dalam mengurus isu pelarian dan pemohon suaka menerusi pengukuhan koordinasi antara agensi serta pelaksanaan sistem yang lebih tersusun bagi memastikan keselamatan negara kekal terpelihara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Keselamatan Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikannya pagi tadi. Menurut beliau, mesyuarat berkenaan turut melibatkan penyertaan pelbagai…







