Kedah tegas laksana undang-undang individu tinggal solat Jumaat

Kedah tegas laksana undang-undang individu tinggal solat Jumaat

MOHD AZAM ABD SAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pelaksanaan undang-undang syariah ke atas individu yang meninggalkan solat Jumaat di negeri ini adalah bertujuan mendidik serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat Islam mengenai kepentingan ibadah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan negeri, Datuk Mohd. Azam Abd. Samat berkata, mana-mana individu Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat tanpa uzur syarie boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014.

Katanya, peruntukan itu menetapkan bahawa mana-mana lelaki beragama Islam yang meninggalkan solat Jumaat, khususnya jika dilakukan berulang kali seperti tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang dibenarkan syarak boleh didenda, penjara atau kedua-duanya.

“Pendekatan penguatkuasaan yang diambil lazimnya memberi tumpuan kepada kes berulang, selaras dengan usaha mendidik dan membimbing masyarakat agar mematuhi tuntutan agama,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN ke-15, di sini hari ini.

Menurut beliau, Seksyen 13 enakmen tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JHEINK) bertanggungjawab memantau serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesalahan berkenaan,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN