JPN Kelantan kumpul maklumat 34 pelajar guna pangkalan haram - Utusan Malaysia

JPN Kelantan kumpul maklumat 34 pelajar guna pangkalan haram

SEBAHAGIAN pelajar yang ditahan PGA selepas melakukan aktiviti rentas sempadan secara tidak sah melalui Sungai Golok, Rantau Panjang, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenai 34 murid dan pelajar yang ditahan kerana menggunakan pangkalan haram untuk merentas sempadan di Sungai Golok, Rantau Panjang dekat sini pagi tadi.

Kesemua pelajar dari beberapa sekolah di Rantau Panjang ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu operasi.

JPN Kelantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti latar belakang pelajar terlibat.

“Kita sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua 34 murid dan pelajar termasuk sekolah asal mereka,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, PGA menahan seramai 34 pelajar dan murid sekolah hari ini selepas dikesan menyeberangi Sungai Golok dari Thailand melalui pangkalan haram untuk pergi ke sekolah mereka di sini.

Kesemua pelajar dan murid berusia dalam lingkungan tujuh hingga 16 tahun itu ditahan pukul 6.30 pagi.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kesemua warganegara Malaysia itu menetap di Selatan Thailand dan bersekolah di Rantau Panjang.

Katannya, siasatan mendapati, kesemua mereka termasuk 12 orang perempuan dikesan menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN