Isu NexG: Abu Hanifah Noordin perlu beri maklumat penuh – ahli akademik

Isu NexG: Abu Hanifah Noordin perlu beri maklumat penuh – ahli akademik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai NexG, Datuk Abu Hanifah Noordin bertanggungjawab memberi maklumat penuh kepada lembaga pengarah syarikat berhubung kemelut yang melanda syarikat itu.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pihak lembaga syarikat pula perlu memaklumkan kepada pemilik syarikat iaitu pemegang saham terutama melibatkan isu perbelanjaan RM303.7 juta.

“Jika pemegang saham NexG mahukan penjelasan mengenai isu terkini syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah termasuk CEO harus mengadakan sesi taklimat dan maklum balas bersama pemegang saham syarikat.

“Sebagai pemilik syarikat NexG, pemegang saham NexG boleh meminta lembaga pengarah syarikat untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku,” katanya hari ini.

Ditanya adakah langkah untuk memberi penjelasan berhubung isu NexG ini adalah perlu kerana ia melibatkan kepentingan negara apatah lagi melibatkan kontrak pembekalan MyKad dan dokumen strategik negara yang lain, Ahmed Razman berkata, ia bergantung kepada siapa yang meminta penjelasan.

“Lembaga pengarah kena beri penjelasan kepada pemegang taruhnya.

“Lembaga pengarah syarikat bertanggungjawab kepada pemilik syarikat dan pemegang taruhnya. Kalau pemegang taruh meminta penjelasan, lembaga pengarah kena beri penjelasan,” katanya.

Sebelum ini, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) memandang serius dakwaan bahawa Victor Chin Boon telah meninggalkan negara ketika siasatan sedang dijalankan berhubung perbelanjaan RM303.7 juta melibatkan syarikat NexG Bhd.

Presidennya, Jais Abdul Karim, berkata jika benar, perkembangan itu menimbulkan persoalan terhadap tahap pematuhan undang-undang, kawalan dalaman syarikat serta keberkesanan mekanisme pemantauan pihak berkuasa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN