‘Hanyut’ belajar dialek Kelantan, Jefri Nichol penat - Utusan Malaysia

‘Hanyut’ belajar dialek Kelantan, Jefri Nichol penat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol mengakui dirinya ‘hanyut’ melayan kerenah netizen Malaysia yang membanjiri ruangan komennya di Threads dalam dialek Kelantan.

Meskipun bingung dengan situasi yang berlaku, Jefri sempat memohon maaf sekiranya dirinya tersalah kata dan mengguris hati mana-mana pihak.

“Saya rasa sudah terjebak terlalu jauh dengan ‘inside jokes’, gosip atau apa-apa yang seumpamanya berkaitan Malaysia.

“Saya tak mahu mengguris perasaan sesiapa. Minta maaf ya kawan-kawan kalau saya ada tersalah cakap sebab memang betul-betul tak faham situasi yang sedang berlaku dalam ruangan komen itu,” katanya dalam platform Threads.

Jefri berkata demikian selepas dirinya dilihat rancak membalas setiap satu komen netizen Malaysia dalam bahasa Kelantan selain gigih memahami dialek tersebut.

Sebelum itu, bekas kekasih kepada pempengaruh, Ameera Khan tersebut meluahkan rasa musykil apabila platform media sosialnya berdepan lambakan dengan komen sedemikian.

Ambil maklum usikan itu muncul kerana hubungannya yang terdahulu bersama Ameera Khan, Jefri berharap netizen kekal menjaga batas gurauan mereka dengan tidak menyentuh perihal keluarganya.

“Terima kasih penjelasannya kak. Tidak mengapa nak bergurau tentang saya tapi jangan tentang mama atau ibu saya,” ujarnya.

Terdahulu, hubungan cinta Ameera dan Jefri didakwa terlerai selepas kedua-duanya memadam foto bersama serta tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing pada November tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN