Gempa lemah 3.1 magnitud landa perairan Batu Pahat

Gempa lemah 3.1 magnitud landa perairan Batu Pahat

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gempa bumi lemah berukuran 3.1 magnitud melanda perairan Batu Pahat, Johor tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira 42 kilometer (km) di selatan Batu Pahat.

“Gempa berpusat pada koordinat 1.4 darjah utara dan 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10km.

“Gempa lemah direkodkan pada pukul 1.54 tengah hari dan gegaran mungkin dirasai di sekitar Johor. METMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Susulan kejadian itu, METMalaysia memohon penduduk yang merasai gegaran mengisi borang kaji selidik melalui pautan https://forms.gle/CyUwHQE9LnyuWaJ37.

Gempa hari ini merupakan yang keempat berlaku di daerah itu selepas kejadian terakhir pada 14 Mac lalu di perairan Batu Pahat dengan kekuatan 3.2 magnitud. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN