PETALING JAYA: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud melanda utara Laut Maluku, Indonesia pada jam 9.35 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia memaklumkan gempa berlaku pada kedalaman 11 kilometer (km) dan berjarak 96 km tenggara Bitung.
“Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
“Bencana terbaharu ini berlaku susulan gempa bumi 7.4 magnitud yang melanda Laut Maluku Utara di luar pesisir Pulau Ternate pada pagi Rabu lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Gempa terdahulu itu mengakibatkan beberapa bangunan rosak dan mencetuskan ombak tsunami, menurut laporan pihak berkuasa tempatan dan saksi kejadian. – UTUSAN










