Gajah Malaysia di zoo Jepun tidak terjaga, lebih kepada pameran

Gajah Malaysia di zoo Jepun tidak terjaga, lebih kepada pameran

NUR DIYANA NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun di mana tiga ekor gajah milik negara ditempatkan mendakwa keadaan haiwan itu seperti tidak terjaga berbeza berbanding gajah yang ditempatkan di Malaysia.

Nur Diyana Nordin, 38, berkata, dia dan rakan-rakannya bercuti di Osaka baru-baru ini dan kebetulan menginap berhampiran zoo berkenaan lalu mengambil peluang melihat sendiri haiwan berkenaan yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat.

“Saya nampak gajah-gajah ini tidak terjaga, le­bih kepada tatapan untuk pengunjung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia tidak menyangka pengalaman melihat tiga ekor anak gajah di zoo berkenaan akan meninggalkan kesan emosi mendalam terhadap dirinya.

“Keadaan di sini tidak seperti di Kuala Gandah di mana pengunjung boleh bermesra dan memberi makan kepada gajah.

“Tempat gajah itu terlalu kering dan panas. Tiada pokok dan rumput-rumput hijau. Ia lebih sesuai untuk gajah Afrika. Keadaan ga­ding Kelat seperti kelihatan reput, mungkin kerana stres,” katanya.

Nur Diyana, berkata, tempoh lawatan mereka antara jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari, yang kebiasaannya merupakan waktu makan gajah, menimbulkan persoalan apabila mereka tidak me­nyaksikan sebarang aktiviti pemberian makanan kepada haiwan tersebut sepanjang berada di kawasan berkenaan.

“Saya tidak nampak pihak pengurusan memberi makan kepada gajah-gajah tersebut sepanjang kami berada di sana,” katanya.

Katanya, gajah berkenaan wajar dibawa pulang ke Malaysia kerana perbezaan pendekatan penja­gaan haiwan di kedua-dua negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN