SUNGAI PETANI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan memindahkan minyak diesel secara tidak sah di kawasan lapang Kebun Tebu, Pekan Lama di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang itu, anggota penguat kuasa KPDN mendapati dua lelaki sedang memindahkan bahan api berkenaan daripada sebuah lori kargo yang dilengkapi tangki Intermediate Bulk Container (IBC) ke dalam sebuah lori…










