KUANTAN: Sebuah beg mengandungi dadah jenis kokain seberat lebih 16 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM7.31 juta ditemuka terdampar di persisiran Pantai Tanjung Gosong, Tanjung Selangor, Pekan, dekat sini, semalam. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, penemuan itu selepas polis menerima maklumat awam berhubung sebuah beg mencurigakan yang ditemukan di kawasan pantai berkenaan kira-kira pukul 2.45 petang. Katanya, pemeriksaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Pahang terhadap beg tersebut…










