Bukan sengaja tutup muka Bella - Aliff Aziz - Utusan Malaysia

Bukan sengaja tutup muka Bella – Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aliff Aziz menegaskan tindakan menutup wajah bekas isterinya, Bella Astillah dalam sebuah foto keluarga yang tular baru-baru ini bukan dilakukan dengan sengaja.

Menurut Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 35, gambar berkenaan berada di kediaman ibu bapanya dan beliau enggan mengulas lanjut kerana menghormati privasi mereka.

“Perkara itu rasanya tidak sesuai untuk saya kongsi. Rumah itu milik ummi dan ayah, jadi terpulang kepada mereka untuk meletakkan apa juga hiasan di kediaman tersebut.

“Saya juga tidak mempertikaikan apa jua andaian yang dibuat oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka iQIYI di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Aliff menegaskan situasi tersebut berlaku tanpa disengajakan ketika beliau sedang membuat ulasan makanan.

“Apa yang pasti, perkara itu bukan disengajakan. Ketika itu kami sedang membuat ulasan makanan dan tidak sangka ada pihak yang mengambil masa untuk ‘freeze frame’ dan sebagainya.

“Seperti yang saya katakan, saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana ia melibatkan rumah ummi dan ayah. Setiap orang berhak mempunyai pandangan masing-masing, jadi terpulanglah,” katanya.

Terdahulu, kecoh apabila warganet mempertikaikan wajah Bella Astillah yang ditutup di sebuah potret keluarga yang tergantung di dinding kediaman keluarganya.

Bagaimanapun, Aliff mengakui memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai isu tersebut bagi mengelakkan dirinya terus menjadi sasaran kecaman.

“Kalau saya bersuara, ada yang kata saya tunggang agama. Kalau tidak komen, dikatakan hanyut pula.

“Sekarang fokus saya adalah untuk bangkit semula. Cukuplah kesilapan yang saya lakukan sejak usia belasan tahun. Saya hanya mahu memperbaiki diri.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata orang. Jika tidak, sampai bila-bila pun saya tidak akan mampu bangkit,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN