Anwar menghadap Agong, komited kebajikan rakyat diperkasa

Anwar menghadap Agong, komited kebajikan rakyat diperkasa

ANWAR Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi memberi maklum perihal terkini berkaitan hal ehwal negara. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi memberi maklum perihal terkini berkaitan hal ehwal negara.

Menurutnya, sesi menghadap itu menyentuh pelbagai perkara melibatkan perjalanan pentadbiran negara serta langkah yang diambil kerajaan dalam mendepani cabaran semasa.

Katanya, perbincangan turut memberi tumpuan terhadap kemelut global yang memberi kesan kepada negara dan rakyat.

“Dalam sesi menghadap tersebut, saya sentuh mengenai pelbagai perkara melibatkan perjalanan pentadbiran negara dan langkah yang diambil, terutamanya dalam mendepani kemelut global yang turut mengesankan negara dan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan akan terus komited memastikan kebajikan rakyat diperkasa selain mengekalkan kestabilan negara.

“Insya-Allah, kerajaan akan terus bekerja bagi memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan negara kekal aman dan makmur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN