KOTA BHARU: Seorang anggota polis berpangkat koperal yang sudah digantung tugas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan menyamun dan percubaan merompak dua individu termasuk seorang wanita, November lalu. Mohd. Irfan Azieyadi Abdul Aziz, 45, membuat pengakuan itu atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad dan Majistret Rais Imran Hamid. Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa melakukan samun…










