KUALA NERUS: Sebanyak 45 kertas siasatan dibuka sehingga kini melibatkan penyebaran kandungan palsu dalam media sosial. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu susulan aduan dan pemantauan berterusan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap pelbagai kandungan tidak sahih yang tular. “MCMC sama ada akan mengarahkan penurunan kandungan atau jika akaun itu bukan palsu, pemiliknya dikenal pasti bersama Polis Diraja Malaysia dan dipanggil untuk dirakam percakapan,” katanya pada…










