PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka 42 kertas siasatan berkaitan penyebaran maklumat palsu krisis tenaga global dan konflik di Asia Barat yang tular di media sosial. Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 31 kandungan melibatkan berita palsu berkaitan kos bahan api yang disebarkan di pelbagai platform digital. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, setakat ini seramai 22 individu dari seluruh negara telah…










