PM arah bantuan disegerakan kepada SMU (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah

PM arah bantuan disegerakan kepada SMU (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan agensi berkaitan diarah menyegerakan bantuan diperlukan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Ulum Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol selepas terlibat dalam kebakaran petang kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan bekerjasama dengan semua pihak bagi mempercepatkan kerja pemulihan agar sekolah berkenaan dapat kembali berfungsi seperti sediakala.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin selain memastikan kelancaran sesi pembelajaran yang terjejas dapat dipulihkan dengan segera.

“Kerajaan Madani akan mempercepatkan penyaluran bantuan yang diperlukan serta bekerjasama dengan semua pihak bagi mempercepatkan kerja-kerja pemulihan supaya sekolah ini dapat kembali berfungsi seperti sediakala,” katanya menerusi hantaran facebooknya hari ini

Beliau turut menegaskan bahawa aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelajar dalam menuntut ilmu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

Media sebelum ini melaporkan tiga blok bangunan sekolah yang ditubuhkan pada 1990 itu merangkumi blok akademik, bilik penyelia dan asrama pelajar lelaki musnah dalam kebakaran, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Sekolah itu menempatkan keseluruhan 251 pelajar dengan 112 daripadanya tinggal di asrama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN