SERI KEMBANGAN: Seramai 133 pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas dalam operasi bersepadu di dua buah kilang di kawasan perindustrian Lembah Klang, hari ini. Operasi dilaksanakan bersama agensi sahabat termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bermula 11 pagi hingga 12 tengah hari, membabitkan 145 pegawai. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata,…










