PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menjejaki penceramah bebas, Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri yang dipercayai melarikan diri ke Thailand bagi membawa pulang kedua-duanya untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JS) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya melalui pegawai perhubungan keselamatan (SLO) PDRM di Thailand turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan kedua-dua mereka. “Pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka dikesan keluar dari negara…










