KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan Screen Ridzuan Rasol @ Mat Rasol atau Wan meninggal dunia di kediamannya dekat Taman Sijanhkang Permai, Telok Panglima Garang malam tadi.
Allahyarham pergi menemui pencipta dalam tidur sekitar pukul 8.40 malam semalam akibat masalah jantung.
“Allahyarham menghidap masalah jantung dan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Dia juga menghidap kencing manis dan darah tinggi.
“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar, Klang 10 pagi ini,” kata adiknya, Mohd. Zaid.
Wan dan Allahyarham Gmie merupakan ahli asal kumpulan Screen yang ditubuhkan pada zaman 90-an. – UTUSAN










