Wajib solat Jumaat di hari raya
SOALAN
Ada yang menjangkakan Hari Raya Aidilfitri kali ini mungkin jatuh pada hari Jumaat. Kalau betul saya mohon penjelasan ustaz. Benarkah ada dakwaan tidak wajib solat Jumaat jika Aidilfitri atau Aidiladha jatuh pada hari Jumaat kerana sudah solat sunat hari raya?
Insan ingin tahu
Cheras
JAWAPAN
Sekiranya berlakunya hari raya pada hari Jumaat maka bagi sesiapa yang menunaikan solat hari raya tetap wajib melaksanakan solat Jumaat.
Hukum puasa enam serentak puasa qada Ramadan
SOALAN
Saya ingin tahu adakah puasa enam Syawal dilakukan bersekali dengan niat qada puasa Ramadan?
Naemah Iman
Johor Bahru
JAWAPAN
Mengikut mazhab Syafie diharuskan mengqada puasa Ramadan dengan menggabungkan puasa enam. Namun mengasingkan puasa enam dan puasa qada lebih baik kerana keluar daripada khilaf ulama.
Bayar zakat fitrah ikut beras dimakan?
Apakah saya wajar bayar zakat fitrah beras lain sedangkan saya makan beras jenis lain?
Kudin
Kajang
JAWAPAN
Sah apabila mengikut kriteria zakat. Namun sekarang semuanya dibayar dengan nilai maka pilihlah yang bersesuaian dengan kita.
Pembaca boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]










