KUALA LUMPUR: Pengasas FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar berjaya mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara waktu bagi membolehkan pasangan itu membuat visa untuk menunaikan haji. Hakim Rosli Ahmad membenarkan pasangan itu mendapatkan pasport bermula hari ini selepas permohonan dikemukakan oleh peguam bela yang mewakili mereka, Shaarvin Raaj. “Mahkamah membenarkan pasport antarabangsa pemohon diserahkan bermula hari ini dan kedua-dua pemohon perlu menyerahkan semula kepada…







