KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil pendekatan fleksibel dengan memberi kuasa kepada setiap universiti untuk menentukan langkah bersesuaian dalam menghadapi situasi cuaca ekstrem seperti kemarau dan banjir. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, keputusan tersebut diserahkan kepada pihak pengurusan universiti memandangkan keadaan di setiap kampus adalah berbeza. Katanya, bagi negeri-negeri di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan, pengurusan universiti lebih tahu dalam menilai tahap risiko…










