PETALING JAYA: UMNO membuka pintu kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung untuk kembali menyertai parti itu serta mengalu-alukan mana-mana individu yang mahu bersama perjuangan parti berkenaan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil bersempena keberkatan Ramadan yang menjadi waktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti. Katanya, bulan Ramadan mengajak umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan serta memperkukuh ukhuwah, sekali gus membuka ruang kepada…










