KUALA LUMPUR: Tune Protect Malaysia (Tune Protect) menjalin kerjasama strategik dengan Verdant Solar Sdn. Bhd. (Verdant Solar) bagi memperkenalkan model solar kediaman berintegrasi pertama di Malaysia, menggabungkan pemasangan sistem solar dengan perlindungan insurans. Inisiatif itu bertujuan menggalakkan penggunaan solar bumbung dalam kalangan pemilik rumah serta menyokong peralihan negara ke arah tenaga bersih. Wakil Lantikan Tune Protect Malaysia, Hans-Joachim Zimmermann berkata, pelancaran tersebut mencerminkan pendekatan baharu dalam menyokong peralihan tenaga Malaysia…










