RANTAU PANJANG: Tiga warganegara Thailand ditahan selepas cuba menyeludup 160 liter petrol ke negara jiran menggunakan kereta Proton Waja semasa melalui pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, semalam. Semua individu yang terdiri dari dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan pada pukul 7.30 pagi menerusi Op Tiris oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Aswadi Jaafar berkata, suspek…











