Tidak saling mengikuti di Instagram, kenapa dengan Julia Farhana dan Dr Che Hafiz? - Utusan Malaysia

Tidak saling mengikuti di Instagram, kenapa dengan Julia Farhana dan Dr Che Hafiz?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di saat ramai orang mempamerkan kebahagiaan menyambut Aidilfitri dengan pasangan tercinta, pelakon, Julia Farhana Marin tampil menuai perhatian ramai susulan tidak beraya bersama suami, Dr Che Hafiz.

Perkara itu secara tidak langsung menimbulkan spekulasi mengenai status rumah tangga mereka selepas doktor itu berkongsi fotonya beraya bersama ibu tercinta tanpa kehadiran aktres jelita tersebut di sisi.

“Sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Seperti biasa di pagi raya saya akan singgah ziarah ibu dan ayah tercinta terlebih dahulu.

“Sempat juga merasa air tangan ibu buat nasi minyak ayam merah yang sudah lama mengidam. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.

“Semoga kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita,” katanya di ruangan kapsyen di Instagram.

Menjengah ke akaun Instagram Julia, pelakon drama Takdir Cinta Terlarang itu tidak memuat naik sebarang perkongsian berkaitan Hari Raya.

Malah, ruangan perkongsian tersebut juga didapati sudah tidak terisi dengan foto bahagia mereka bersama.

Dalam masa sama, pasangan itu juga sudah tidak saling mengikuti antara satu sama lain di platform media sosial tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai status hubungan mereka.

Sekadar info, Julia mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada 14 Disember 2022.

Terdahulu, Hafiz pernah berkahwin dengan aktres Lufya pada 26 November 2016, namun bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, Hafiz dan Lufya memiliki seorang anak perempuan iaitu Laana Haura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN