BESUT: “Ramadan kali ini seolah-olah kosong, tiada lagi alunan bacaan al-Quran Abang setiap pagi.” Demikian luah Ruslinan Abd. Razak iaitu ibu kepada Muhammad Adib Hazim Halim, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik, Perak, Jun tahun lalu. Ruslinan, 56, berkata, menjadi rutin Allahyarham yang mesra dipanggil Abang dalam kalangan ahli keluarganya mengaji setiap pagi dan menamatkan 30 juzuk al-Quran…










