Terengganu isytihar 19 Mac cuti kelepasan am

Terengganu isytihar 19 Mac cuti kelepasan am

MOHAMAD AZMI MOHD. DAHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkan Khamis ini sebagai cuti hari kelepasan am sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Keputusan itu bagi memberi ruang kepada rakyat membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Azmi Mohd. Daham berkata, kerajaan negeri turut mengekalkan hari kelepasan am negeri pada Isnin, 23 Mac 2026 sebagaimana yang diwartakan sebelum ini.

“Ia sepertimana diwartakan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 pada 30 Oktober 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap penetapan cuti tambahan itu dapat memberi kemudahan kepada rakyat di negeri ini membuat persiapan serta menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN