Tengku Ampuan Pahang, hadir beri penghormatan buat Syed Muhammad Naquib - Utusan Malaysia

Tengku Ampuan Pahang, hadir beri penghormatan buat Syed Muhammad Naquib

Darjah kebesaran Selangor
TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Ketibaan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada pukul 10.15 pagi di Masjid Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) disambut pegawai masjid serta orang ramai yang sudah berada di pekarangan sejak awal pagi bagi menziarahi jenazah Allahyarham.

Pada masa sama, jenazah Allahyarham tiba di masjid berkenaan pada pukul 9.40 pagi sebelum urusan pengurusan jenazah termasuk memandikan dan persiapan terakhir dilaksanakan oleh pihak pengurusan masjid.

solat jenazah dijadualkan berlangsung pada pukul 11.30 pagi dan dihadiri ahli keluarga, kenalan rapat serta masyarakat yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Media semalam melaporkan, tokoh ilmuwan, Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 94, telah meninggal dunia pada pukul 6.47 petang semalam.

Khabar duka itu dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menerusi platform Instagram.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merakam ucapan takziah mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia atas pemergian Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Anwar menyifatkan Allahyarham sebagai antara pemikir terulung yang pernah hidup di zaman ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN