Tawar hati janji suami punca Fyna Jebat fail cerai - Utusan Malaysia

Tawar hati janji suami punca Fyna Jebat fail cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Fyna Jebat mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu.

Fyna atau Nur Shafinaz Jebat berkata, prosiding pertama kes tersebut dijadualkan berlangsung pada April ini.

“Benar, saya sudah fail cerai pada Disember tahun lalu. April ini merupakan prosiding pertama perbicaraan kami,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Mengulas punca keretakan rumah tangga, Fyna yang juga adik kepada penyanyi Ayda Jebat menafikan faktor kewangan sebagai penyebab utama. Sebaliknya, dia mengakui telah tawar hati berikutan janji suaminya untuk berubah tidak tertunai.

“Memang hasrat untuk bercerai sudah lama ada, namun saya beri peluang kerana dia berjanji untuk berubah. Saya bersama dia bukan kerana duit, tetapi saya perlukan kasih sayang serta tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Perkara ini sudah lama berlarutan, jadi saya mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Fyna menjadi perhatian apabila berkongsi pengalaman membesarkan anaknya yang kini berusia dua tahun setelah ‘disimpan’ oleh seorang individu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, penyanyi yang juga peserta program Famili Duo itu turut mendakwa dirinya tersiksa diabaikan selama empat tahun.

Bagaimanapun, Fyna menegaskan segala isu berkaitan akan diselesaikan melalui saluran mahkamah dan memberi amaran kepada pihak terbabit agar tidak mempermainkan keadaan. — UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN