Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu adalah satu ibadah paling mulia - Ozlynn - Utusan Malaysia

Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu adalah satu ibadah paling mulia – Ozlynn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu adalah satu ibadah paling mulia.”

Demikian kata pelakon, Ozlynn memberikan kata-kata semangat buat seorang wanita yang meluahkan rasa penatnya menguruskan perihal rumah tangga meskipun mempunyai pekerjaan.

Meskipun mempunyai pembantu rumah, Ozlynn atau Rozlinawaty Ismail menganggap perkara itu bukanlah tiket untuk dirinya mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu di rumah.

“Mungkin ramai cakap senanglah artis ada duit, ada pembantu rumah. Tapi saya ambil pembantu rumah sebab tidak mahu hantar anak kepada pengasuh.

“Terus terang, segala kerja rumah saya buat sendiri termasuk memasak, mengemas, basuh baju, cuci tandas, pergi berniaga dan lokasi penggambaran.

“Balik pukul 2 pagi kemudian bangun pukul 4 pagi untuk siapkan bekal sekolah anak. Tidur tak pernah cukup,” katanya.

Tambah Ozlynn, dia percaya segala penat lelah serta pengorbanannya bersengkang mata menguruskan keluarga dan rumah tangga akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

“Saya percaya penat ini akan digantikan dengan tempat yang paling mulia di sisi Allah, maka saya gantikan dengan istighfar,” ujarnya.

Dalam masa sama, isteri kepada Johan itu meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang ringan tulang dan sering bekerjasama dalam menguruskan rumah tangga.

“Saya beruntung sebab suami tidak kisah pun kalau ada ketika saya penat, sya tertdo waktu dia balik. Dan kalau suami awak jenis tidak berkira, boleh nikmati buat sama-sama atau mungkin dia boleh bertahan jika rumah bersepah sikit.

Tapi yang penting anak-anak terjaga dan sama-sama terurus. Alhamdulillah, seperti saya, suami memang dari tidak tahu apa-apa, dari awal kahwin saya yang ajar semua benda.

“Sebab ayah saya polis semua dia buat untuk arwah mak. Jadi saya ajar suami macam mana aya saya jaga mak dulu. Sekarang suami pula ajar anak-anak macam mana saya ajar dia dulu,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN