KOTA BHARU: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sedia menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang sekiranya diberi mandat oleh partinya. Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, selagi tiada arahan daripada parti, perkara itu masih belum relevan. “Kita orang Pas bergantung kepada amanah yang diberikan. Selagi amanah itu tidak diberikan, kita tak boleh kata kita nak terima atau sebaliknya. “Jadi, tidak timbul lagi, tak relevan. Kalau ada arahan, kita terima. Kalau…










