PETALING JAYA: Rumah Bangsa yang digagaskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai hanyalah jenama baharu dengan isi dan tuannya adalah sama. Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau sudah pun berada dalam ‘Rumah Agama’, ‘Rumah Bangsa’ dan ‘Rumah Negara’ atau apa saja nama diberikan. Bagaimanapun, beliau berkata, pada masa ini tiada sebab baginya untuk meninggalkan perjuangan Pas selepas dibuang oleh UMNO tanpa…









