Tahniah, kad jemputan jangan lupa - Anwar

Tahniah, kad jemputan jangan lupa – Anwar

TANGKAP layar menerusi hantaran di laman X.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengikat tali pertunangan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah hari ini.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Anwar turut berseloroh dengan pasangan berkenaan agar tidak lupa memberikan kad jemputan bagi meraikan hari bahagia mereka.

“Tahniah, kad jemputan jangan lupa,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan pertunangannya sekali gus mengesahkan spekulasi hubungan mereka yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 33 tahun itu menerusi laman Facebook miliknya.

Beliau melamar Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 34, di puncak Gunung Kinabalu ketika hujan lebat.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai apabila rata-rata pengikut menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Sebelum ini, hubungan mereka menjadi perhatian umum selepas beberapa sumber mendakwa pasangan tersebut giat membuat persiapan ke arah hari bahagia dengan majlis pertunangan dilaporkan berlangsung pukul 3 petang hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN